Sunday 9 December 2012

Angsa Putih Sepasang Dari Melaka (Romi dan Fifi)

18 Nov 2012
Bismillah.
Semalam abi dah pesan pada ummi yang kita akan gerak ke melaka pukul 7.45pg. Jadinya hari ini selepas solat subuh, ummi terus bersiap. Safiya pun bangun awal macam dah tahu pula yg kita nak berjalan.
Dung dang dung dang...
Pukul 8.30pg baru gerak dari serdang.  Alhamdullilah kami sampai ke jalan panglima awang pukul 10pg. Abi berhenti makan kat PETRONAS sementara tunggu peniaga angsa datang. 
Tiba di kebun angsa, kami dapat lihat sepasang angsa yg jinak. Itulah angsa kami rupanya. Abi kata bulunya lembut. Peniaga tersebut masukkan pasangan angsa itu dalam kotak yg tidak bertutup. Insyaallah selamat sampai serdang.
Dah setle,kami pn menuju pulang ke serdang.  Tak sempat nk ronda2 bandar melaka atau river cruise. Huhu.. lain kali la.. sepanjang perjalanan,  angsa okla, tak ada pula mengamuk ke.. Masa perjalanan, kami bincang nama angsa. Kami setuju letak nama angsa jantan ialah Romi, manakala yg betina ialah Fifi.
Petang pula, abi 'touch up' lg reban angsa iaitu pasang atap dan pagar. Alhamdullilah semua siap sebelum azan magrib.  Waktu magrib dan isyak kami di masjid jamek serdang. Malam ni ada ceramah ustaz fauzi. Tajuknya, hak isteri yg membenci suami.. haaa.. mcm menarik je. Hehe.
Oklah,sampai disini.
I love you, abi and safiya.
Wassalam.

p/s: Copy paste dari blog ummi safiya..hehe. Terima kasih sayang..:-)

No comments:

Post a Comment