Wednesday 26 December 2012

Bela ayam hutan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selepas compaile tesis master. Jd, da ruang update blog pasal ayam hutan sy..haha. Baru sebulan bela, alhamdulillah dh bertelur. Sy bg dedak penelor..:-).

Bawah adalah unggas yg menjadi belaan sy dn abah..

Tuesday 18 December 2012

Guna EM (effective microorganisme) pada Ayam Hutan

Assalamualaikum W.B.T.

Pagi semalam sy letak EM buatan En. Hasin (dr Jabatan Pertanian Serdang) 10ml dkt dlm dlm bekas air 1 liter ayam hutan sy.

Alhamdulillah kesan dia, pagi ni dr pukul 4.30am ayam2 sungguh brsemangt. Yang jantan asyik berkokok je smpai matahari terbit. Hari ni nk spray EM dkt makanan dedak dia pula..:-).

Tngh buat RnD untuk ayam2 hutan sy. InsyaAllah xda ape2..hehe.

Wassalam.

Sunday 16 December 2012

Suka kepada Angsa Putih, Ayam Hutan, Ayam Kampung dan Ayam Belanda

Assalamualaikum W.B.T.

Sekarang, saya tengah mengumpulkan unggas yang saya suka. Antaranya angsa, ayam hutan, ayam kampung dan ayam belanda.

Makanana saya bagi dekat diorg, ialah dedak hitam (201C) gold coind dan Breeder Mash

Wednesday 12 December 2012

Cara masak kari kambing Masjid Jamek Serdang, Selangor

Assalamualaikum w.b.t.
(Mukaddimah)

Kari kambing masakan abg din(Cik Juluddin, siak Masjid Pertanian Serdang) adalah masakan yg paling famous di Masjid Jamek Pertanian Serdang Selangor. Dia adalah salah sorg sifu memasak sy..

Di bawah ada sy sediakn resepinye dan cara memasak kari kambing daging dlm 3kg.
Bahan masakan:
1) 1 pack sederhana rempah kari cap babas ( spt dlm gambar)
2)Kunyit hidup (50g)
3) Halia (100g)
4) bawang putih 100g
5) Bawang kecik 100g
6) Bunga lawang + kayu manis + buah pelaga + daun kari + daun sadri (untuk hilang bau). Semua ikut pengalaman sediri..
7) Serbok jintan manis sedikit
8) Bawang besar 2kg
9) Kentang + daun pandan
10) santan 2kg
11) asam jawa dan garam sesedap rasa.

Cara memasak:
1) rendam dagiing, air mesti sama paras dgn daging.
2) rebus daging kambing, masukkn sekali bahan2 dr no 1-7 biar sehingga kuah mendidih.
3) lepas tu masuk bahan no 8. Kene kacau sikit2. Biarkn sehingga daging empok.
4) letak bahan no 9. Biarkn kentang empok.
5) letak santan. Pastu nk bg rasa lg kaw. Adjust kari tu dgn asam jawa dan garam sesedap rasa..

Tu saje rahsia masak kari kambing cara masjid jamek pertanian serdang. Susah nk dptkn resepi ni dr abg din.
Selamat mencuba ye. Wassalam.

Sunday 9 December 2012

First Anniversary 19.11.12

Bismillah.
Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana masih mengekalkan nikmat hidup berumah tangga kepada kami.
Hari ini genap setahun perkahwinan kami. Kami bernikah pada 19 november 2011. Kemudian, mengadakan majlis walimah pada 20.11.2011 dan 25.12.2012.
Ulang tahun perkahwinan yang pertama ini, abi dan ummi sambut dgn kehadiran baby Safiya dan pasangan angsa Romi dan Fifi. Moga Allah limpahkan barakah dalam keluarga kita. Dalam hidup ini, tiada apa yg penting selain mencari redha dan berkat dr Allah.
Oklah, sampai disini untuk hari ini. Jumpa lg next anniversary.
Ummi sayang abi dan safiya.
Wassalam. ;-)


p/s: Amik dari sayang (ummi safiya). Terima kasih bnyak sayang..:-)

Angsa Putih Sepasang Dari Melaka (Romi dan Fifi)

18 Nov 2012
Bismillah.
Semalam abi dah pesan pada ummi yang kita akan gerak ke melaka pukul 7.45pg. Jadinya hari ini selepas solat subuh, ummi terus bersiap. Safiya pun bangun awal macam dah tahu pula yg kita nak berjalan.
Dung dang dung dang...
Pukul 8.30pg baru gerak dari serdang.  Alhamdullilah kami sampai ke jalan panglima awang pukul 10pg. Abi berhenti makan kat PETRONAS sementara tunggu peniaga angsa datang. 
Tiba di kebun angsa, kami dapat lihat sepasang angsa yg jinak. Itulah angsa kami rupanya. Abi kata bulunya lembut. Peniaga tersebut masukkan pasangan angsa itu dalam kotak yg tidak bertutup. Insyaallah selamat sampai serdang.
Dah setle,kami pn menuju pulang ke serdang.  Tak sempat nk ronda2 bandar melaka atau river cruise. Huhu.. lain kali la.. sepanjang perjalanan,  angsa okla, tak ada pula mengamuk ke.. Masa perjalanan, kami bincang nama angsa. Kami setuju letak nama angsa jantan ialah Romi, manakala yg betina ialah Fifi.
Petang pula, abi 'touch up' lg reban angsa iaitu pasang atap dan pagar. Alhamdullilah semua siap sebelum azan magrib.  Waktu magrib dan isyak kami di masjid jamek serdang. Malam ni ada ceramah ustaz fauzi. Tajuknya, hak isteri yg membenci suami.. haaa.. mcm menarik je. Hehe.
Oklah,sampai disini.
I love you, abi and safiya.
Wassalam.

p/s: Copy paste dari blog ummi safiya..hehe. Terima kasih sayang..:-)

Thursday 6 December 2012

Baru belajar buat blog

Assalamualaikum W.B.T


Aduhai, selepas berapa minggu revice nak buat website menggunakan JOOMLA. Akhirnye tewas juga. Xmau teruskan buat website guna joomla sbb kene bayar web hosting (kate abg ku)..
Xpe, pakai ini dulu. kalo ada duit lebih baru buat website cantik sikit..


Ni gambar daging kambing nk masak kari kambing.. Wassalam.